Tuesday, January 8, 2008

Spesis Apa Ni Ekkkk....

orkid ni alycia dapat time raya tahun lepas... pergi kat rumah mertua pakcik.. nenek ni memang minat tanam orkid... rumah dia penuh ngan orkid... sambil belek-belek orkid dia, terus dia offer bagi orkid nie....
... actually dulu masa nenek tu bagi, orkid ni dia tanam dalam sabut... pastu masa kat rumah dia nampak nenek tu letak orkid dalam jaring kipas.. terus balik rumah carik kipas yang tak pakai, ambik jaring tu dan letak orkid.... nampak kreatif pulak kan hehe..... tak sabar nak tunggu orkid ni berbunga, nak tengok bunga macam mana....
------------------------------------------------------------------------------------------

baru ajer kejap tadi post orkid ni kat forum OAPM, terus dah tau spesis apa dah.. orkid ni adalah spesis Cymbidium finlaysonianum ... terus alycia tanya kat Pakcik Google nak tengok bunga nya...

No comments: