Tuesday, September 7, 2010

Salam Lebaran 1431 H ...

kepada semua Geng Blog Orkid Alycia, followe alycia dan sesiapa yang menjenguk kat sini.. alycia ucapkan Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin... berhati-hati dijalanraya... ingatlah insan tersayang...

Tuesday, August 24, 2010

Dendrobium Compactum Hybrid..

ni dia Dendrobium Compactum Hybrid yang dibeli masa Floria 2010 yang lalu ... suka sangat dendrobium ni sebab comey dan color pun menyerlah ... ni orkid jenis miniature ... bertambah lagi satu koleksi orkid ...


... letak dalam pasu pun tak besar sangat .. harap akan lebih rajin berbunga yer ...

Thursday, July 8, 2010

Floria 2010 : Putrajaya Flower & Garden Festival 2010...


Details are as below :

Putrajaya Flower & Garden Festival 2010

Date: 10th - 18th July 2010

Venue: Waterfront, Precinct 2,Putrajaya

Theme: Tropical Splendour

Opening Hours:
9am – 10pm (Monday-Thursday)
9am – 12midnight (Friday-Sunday)

jom kawan-kawan datang ramai-ramai... boleh tengok macam-macam bunga ... last year alycia pergi jugak... tapi time tu Adam kecik lagi... so, posing-posing ajerlah.. tak dapek alycia nak tengok bunge satu-satu huhu ... lagi pun tahun lepas time Floria ni tengah hangat dengan H1N1.. so, alycia ambik langkah awal tak nak terjebak... kalau nak tau lebih lanjut pasal event ni klik kat SINI...

memang dah target nak tambah koleksi orkid alycia... mana tau boleh jumpa geng-geng orkid kan ;)

Thursday, June 10, 2010

Retusa Dari Kedah Dah Sampai...

minggu lepas alycia terima posto dari Kedah dari kenalan alycia di blog ni = Khadri...

dan posto yang alycia terima adalah Rhyncostylis retusa ... wah, sungguh seronok... alycia pun baru ajer tengok kat En. Google pasal retusa ni.. memang cantik, tertarik lagi... maklumlah, alycia masih amatur dalam orkid ni... banyak jenis-jenis orkid yang alycia tak kenal ... tak sabar-sabar alycia nak tanam dan tunggu retusa ni berbunga hihi...

ni alycia search kat En. Google bunga retusa ni ...

terima kasih banyak-banyak kat Khadri... alycia nak balas pun, alycia masih takde lagi orkid-orkid yang rare nak bagi kat Khadri hehe...

Thursday, May 6, 2010

Dendrobium Nestor - Mekar di Putrajaya...

alhamdulilah... sungguh suprise sebab walaupun baru sebulan bawa dari kampung alycia ke Putrajaya, orkid ini telah mekar di Putrajaya.... Inilah Dendrobium Nestor ... sungguh wangi... harap-harap akan terus mekar wahai orkidku ;)

... inilah dia Dendrobium Nestor ...

... zoom skit kat gambar ... kualiti gambar kurang menarik huhu ....

Thursday, April 29, 2010

Akhirnya Aku Kembali..

Setelah sekian lama meninggalkan arena orkid disebabkan menimang cahaya mata (anak pun dah setahun 2 bulan)... akhirnya alycia kembali ke pangkal jalan hihi... tak lah, kembali ke arena orkid... rindu dah dengan orkid.. rindu nak bermanja dengan orkid, nak pegang orkid, jaga orkid... dan rindu dengan geng-geng orkid... adakah anda semua masih mengingati alycia hehe... jangan lupakan dakuuuuuu....

dan sebagai buktinya, inilah antara koleksi orkid yang ada di rumah alycia di Putrajaya... ada yang dibeli dan ada yang di bawa dari kampung... maklumlah tinggal kat apartment, so kenalah selective sikit nak letakkan orkid... tapi kebanyakan orkid alycia yang ada dalam blog ni, kebanyakan ada di kampung... selamat dalam jagaan mak hehe.....


Welcome Back Alycia!!!

p/s: bagi geng-geng orkid yang tiada dalam bloglist alycia, sila komen dan tinggalkan alamat blog kat sini ekkkk... nantui alycia terjahhhh!!

Tuesday, August 11, 2009

I'm Back...

wah wah wah.. lamanya alycia tak update blog ORKID kesayang alycia ni... kawan-kawan semua.. untuk perhatian... bukan alycia dah tak minat ORKID... nahi nahi... masih lagi menjadi peminat tegar ORKID sedunia... tapi disebabkan beberapa keadaan tak mengizinkan, tak dapeklah alycia nak buat entry-entry orkid macam selalu... alasan-alasan nya :

1. dulu masa mengandung mabuk orkid... terus tak jadi minat orkid... tu yg dapat baby boy tu haha...
2. bila dah ada anak pulak, tak dapat pulak nak tumpu perhatian... baru nak pergi tengok orkid dah uwekkkkkkkk.. abih camno...
3. alycia dah duduk kat putrajaya... orkdi alycia yang ganas-ganas dulu-dulu semua kat kampung... selamat dalam jagaan mak + pemantauan alycia sekali-sekali...
4. bila balik kampung lak tak bawak kamera... tak dapek lagi nak ambik gambar orkid...
ha, tulah alasan-alasan kenapa blog ni tak berupdate... tapi untuk mengubati kerinduan peminat semua, alycia letaklah beberapa gambar ambik masa Floria 2009 aritu.. tu pun posing kat orkid dengan beby huhu... takpe takpe, korang tunggu alycia buat come backkkk...

p/s 1: akulah peminat ORKID yang kat rumah masih belum ada ORKID huhu...

p/s 2: masa Floria 2009 haritu jumpa bro Saiful & abg Muzafar.. dapat lah jumpa geng orkid kejap...

... walaupun tak sempat beli ORKID.. dapatlah lepaskan gian posing kat ORKID huhu ...


... see, kan dah kata masih lagi peminat tegar ORKID... sempat lagi menjenguk booth2 orkid ...
tapi si kecik tu kena bawak jugakk ...